Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, 2 November 2017

Jualan Murah Super 11.11 Shopee

Acara Jualan Mega Akhir Tahun Yang Paling Sensasi

Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November.


Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi. Dengan sokongan daripada jenama ternama seperti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB, Jualan Murah Super 11.11 Shopee dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi.


“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 pada bulan lepas mencatat kejayaan besar kerana kami merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam tempoh 24 jam. Sokongan memberangsangkan daripada semua pengguna kami mendorong kami untuk melancarkan Jualan Murah Super 11.11 ini. Kali ini, kami menampilkan lebih daripada 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk yang dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Pengumuman Bajet 2018 baru-baru ini telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan.


Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 150,000 usahawan aktif, Shopee komited untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee untuk meningkatkan pendapatan mereka.


“Kami teruja dapat menyertai Jualan Murah Super 11.11 Shopee tahun ini sebagai salah satu rakan niaga rasmi. Tempoh akhir tahun adalah masa kemuncak untuk orang ramai membeli-belah sebagai persiapan sempena tahun baru atau sebagai hadiah. Kami gembira Shopee menerajui trend ini secara dalam talian dan melancarkan satu kempen yang memberikan penjimatan berganda di samping memudahkan pengguna untuk memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini,” kata How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.


Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah.

Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari. Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.


Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.

“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,” tambah Ian Ho.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

#ShopeeMYSuperSale

Thursday, 14 November 2013

Karnival Keusahawanan 1 UiTM 1 Malaysia

Terima kasih buat krew-krew yang telah banyak membantu sepanjang program dijalankan.

Aira da lupa bila mula-mula dapat tanggungjawab untuk buat event sebesar ni. Masa tu join kelab myagrosis. Kelab usahawan muda. Kelab yang mana membuatkan para pelajar berfikir cara untuk menambah duit poket dan duit kelab.

Petang tu ada mesyuarat, dengan ahli yang tak berapa nak ramai masing-masing ditugaskan untuk pegang 1 event. Aira pilih Bola Jaring ni.. Masa buat bajet tu bukan main...tapi dapat sikit je. Tak dapat nak tampung event pun. Event ni banyak la pulak masalahnye. Event nak cepat siap.. 

Tapi memang event yang terbaik sebab Aira dibantu oleh adik-adik junior yang sangat-sangat berdedikasi..cuma satu yang terkilan sebab tak dapat sijil seperti yang dijanjikan..Maaf ye adik-adik. Akak pun tak dapat sijil jugak..

Yang paling best pagi tu ade final paper dan petangnya event Aira berlangsung. Memang Aira serahkan kat adik-adik je untuk jalankan event ni. Tapi pagi tu dengan baju kurung sempat la jugak gi tengok padang..dan bagi semangat kat diaorang..