Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Thursday 14 November 2013

Karnival Keusahawanan 1 UiTM 1 Malaysia

Terima kasih buat krew-krew yang telah banyak membantu sepanjang program dijalankan.

Aira da lupa bila mula-mula dapat tanggungjawab untuk buat event sebesar ni. Masa tu join kelab myagrosis. Kelab usahawan muda. Kelab yang mana membuatkan para pelajar berfikir cara untuk menambah duit poket dan duit kelab.

Petang tu ada mesyuarat, dengan ahli yang tak berapa nak ramai masing-masing ditugaskan untuk pegang 1 event. Aira pilih Bola Jaring ni.. Masa buat bajet tu bukan main...tapi dapat sikit je. Tak dapat nak tampung event pun. Event ni banyak la pulak masalahnye. Event nak cepat siap.. 

Tapi memang event yang terbaik sebab Aira dibantu oleh adik-adik junior yang sangat-sangat berdedikasi..cuma satu yang terkilan sebab tak dapat sijil seperti yang dijanjikan..Maaf ye adik-adik. Akak pun tak dapat sijil jugak..

Yang paling best pagi tu ade final paper dan petangnya event Aira berlangsung. Memang Aira serahkan kat adik-adik je untuk jalankan event ni. Tapi pagi tu dengan baju kurung sempat la jugak gi tengok padang..dan bagi semangat kat diaorang..

Ketidakselesaan...

Arini rasa pening sangat.. Tapi demam da beransur pulih. Semalam badan rasa panas semacam.. Sebelum tidur minum Air Anugerah.  Baca selawat 3 kali dengan surah Al-Fatihah. Tidur dalam 15 minit badan jadi panas sangat-sangat lepas tu sejuk dan ringan je.

Time tu baru la perasan yang 'benda' tu da keluar dari badan ni..huhuhu

Alhamdulillah tak jadi perkara yang tak diingini..

Ni la air Anugerah tu. Boleh beli kat stokis jamu berhampiran anda.. In Shaa Allah berkesan.


Sumber gambar : www.imanherbs.com

Wednesday 13 November 2013

Konvo Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Akhirnya cita-cita tuk mengenggam segulung ijazah dah tercapai.  Hari bahagia buat Aira.. 4 Disember 2012.
Lepas je keluar dewan, tangkap gambar semua terus gerak balik kampung.  Konon nak tunjuk kat atok yang cucu dia ni yang first dapat ijazah..hehehe... Alhamdulillah...

Esok pagi lak balik Perak nak hantar balik jubah sempat pergi posing kat Putrajaya dulu sebab tu impian Aira mase kecik-kecik dulu.


 

Keluarga OC yang dah bawa diri masing-masing.

Kuning tunggu akak konvo. Setahun konvo, kuning pun mati..sedih sangat-sangat.
Ni gambar terakhir dengan kuning.
Tahan sebak ! hmmm....Terima Kasih atok.


      



Dengan umi.
Dengan ayah.

PRE-CONVO PHOTOSHOOT~~


Moga persahabatan ni kekal sampai bila-bila.
Fashion Designer katanye..heee







Wednesday 30 October 2013

Yeah! Dapat CD The Best of Innuendo dari Majalah Remaja

Babe...ko stress ke keje banyak ni?
HAHA...takdelah..tak stress langsung...seronok je aku tengok..

Takde keje pun bosan jugak kan. Tapi itulah...takde lak tempat nak display...
Ape kate kita longgok je kat luar..lelong2..tapi guna harga ori..hahaha...nak cepat abes stok tapi untung mau jugak...

Pagi-pagi lagi dah dapat CD The Best of Innuendo dari majalah Remaja. Tapi tak silap isu Nov 2012. Kira dah setahun la contest tu.. Alhamdulillah rezeki kan..

Thanks Remaja..suka nya...hehehe



Total ade 37 lagu semuanya..tapi kalau sebut Innuendo, mesti lagu Belaian Jiwa yang paling best...

Thursday 10 October 2013

September Punya Cerita

Happy birthday to you... Happy birthday to you...
Happy birthday to Jannah & Sharoon...
Happy birthday to you...

ikhlas: tempat koje korang..hahaaaa
Kek pun spesel jer ade warna tema tu..ekeke..



Kira sat lilin atas kek tu..
2 besaq 5 kecik... owwwh.. da tua dah..
da 25 tahun da...boleh jadi mak orang ni..bile nk kawen akak2?
errrrrrr...jgn marah oke..

Fulamak ! ade pizzaa...2 lak tu..kenyang perot makan ni..
tong2 pon tong2 la kan...



Ni la birthday girls..hehe...
tapi kek tak habis aq gak kne pulun...waaa



Sempat der posing ngan beg kertas Wah Chan..
Seronooooknyerrrr...hari ni jela... 

Bulan oktober..cik jannah belanja..tengok2 jadi
farewell party...de orang taknak kije da ngan kiteorang..huhuh





Wednesday 10 July 2013

Ramadan 2013

Alhamdulillah ketemu lagi dengan bulan Ramadan dan masa bulan Ramadan ni la Aira start kerja tahun lepas.  Nak kena kerja pagi raya..wah tak sanggup,. Nasib baik la bos baik..rela tolong ganti bukak kedai. Tapi tahun ni sama jugak, mungkin la kena kerja pagi raya..owh no!! Lagi 1 yang sama, kerja kedai buku gak.. Kalau tahun lepas kat Kedai Buku Sinar Bestari, tahun ni kat The Times Bookstores. Esok da start kerja, even jadi supervisor tapi tu satu tahap tuk mencari pengalaman.  InsyaAllah moga dengan kedatangan Ramadan ni hidup kita lebih diberkati..

Monday 24 June 2013

Junior Talent Programme @ SL1M

3 Jun 2013, bermula episod baru dalam hidup ni.  Menjadi salah seorang peserta junior talent program bagi lepasan ijazah selama 3 bulan.


With Una-roomate



 Breakfast with roomate

Da dekat sebulan kat sini, memang dah tercabar segala daya tuk membuat presentation yang terbaik....tapi apakan daya....hari ini 24 Jun dapat offer letter dari Times the bookshop..


In shaa Allah kalau tak ada aral...mungkin ke sana pulak.. tapi bergantung pada takdir...

Sunday 2 June 2013

Dapat duit dengan menjadi Ahli SOPHIE PARIS ~ Tak rugi tau..

Dapat DUIT dengan jadi ahli sophie paris.

Tak rugi mencuba, mana tahu rezeki kita kat situ..kan3..hehe.. Yuran pendaftaran seumur hidup RM15.00 je tau..dah murah sangat tu..semua orang mampu kan..

Kelebihan menjadi ahli ialah : 

* Diskaun 20% untuk semua produk
* Tak perlu maintain setiap bulan
* Produk mengikut trend masa kini
* Kalau pandai berniaga boleh melancong ke luar negara
* Komisen akan diberikan kalau ada yang mendaftar di bawah kita

Kalau ada pertanyaan bolehlah tanya pada Aira ye. Terima Kasih.

Kalau taknak jadi ahli takpe. Nak beli barang saja pun boleh.. jom tengok katalog. >> KATALOG

http://www.sophieparisworld.com/index.php?ac=211
ISU KE - 11

Friday 17 May 2013

23 . . Lepas 2 . . 3 la kan...

Minggu lepas balik Perlis singgah kat kedai makan abang Aira, 
menghadap laut dekat area Kuala Perlis.
Da teringin sangat makan chicken chop tau.. tu yang order tu.. tambah sedap lagi bila orang belanja..haha
Makan pulak dengan ais kacang spesel...nyum2...



Okay! Hari ni 17 Mei kan...hehe... da 23 da umur Aira, kek nie ayah belikan tadi. 
Frust sebab tulisan kat kek tu tak cantik..ish2...
Tapi nanti bedal masuk perut jugak kan.  
Moga Aira dapat jadi insan yang lebih baik dan rezeki yang melimpah ruah.  
Dan semoga dapat kerja yang bagus..ehehe..





Alhamdulillah.. Semalam adik Aira balik dan masa umi pergi jemput dia sempat pulak diaorang ni singgah belikan kek Doraemon ni. Comel sangat-sangat kan.heehee.. 2 kali potong kek..




Yang ni kuih apam comel, Aira buat sendiri tau..hehe.. saje nak test kepakaran buat kek.. Tapi mula dengan kuih apam ni dulu la.  Sedap memang sedap, tapi sayang nak makan..

Musim Buah Mangga Harum Manis

Hari ni Aira nak cerita tentang musim buah mangga harum manis.  
Orang utara panggil mempelam.
Minggu lepas Aira balik kampung Aira kat Kuala Perlis.  Umi dengan Ayah bawa Aira pi 
Ladang Mempelam Harum Manis.  Jalan nak ke ladang ni melalui Taman Ular dan tempat mandi manda Sungai Batu Pahat.

Duduk je dekat Harumanis Cafe tengok semua orang makan pulut dengan 
mempelam harum manis.
Minuman yang special kat situ jus mempelam harum manis.




Tengok pun dah terliur nak rasa kan.. Aira ni first time makan pulut dengan mempelam. Selalu makan dengan inti je.. takpun makan lemang dengan rendang.

Harga sepinggan pulut mempelam ni RM 4.00
Jus mempelam ni pulak RM 2.00

Memang kenyang sebab pulut dia lemak sangat...sedap.....minggu depan nak balik perlis lagi..boleh beli bungkus. Harga sebungkus RM 4.00 jugak..

Jangan lepaskan peluang nak rasa ni yer.  Sekarang memang musim buah ni.