Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Saturday 30 September 2017

Hadiah Unik Rekaan Sendiri dengan Printcious.com

Hai semua, 
Qiss nak share kat mana korang boleh beli hadiah buat yang tersayang dan hadiah tu akan jadi hadiah yang paling unik sebab ada satu je dalam dunia ni. Haaa..teruja tak nak tahu?



Jom reka sendiri hadiah korang buat yang tersayang di Printcious.com untuk mencari kelainan. Apa kata kita reka sendiri baju, mug, bantal dan bingkai gambar dan hiaskan dengan gambar yang tersayang. Selain daripada unik ia juga menunjukan kesungguhan kita untuk menyiapkan hadiah buat yang tersayang kan. Pasti mereka lebih gembira dan tersenyum sepanjang hari.




Tetiba rasa teringin sangat nak buat design t-shirt sendiri. Bukan apa dapat jugakla merasa design baju sendiri. Wow ke wow? Macam tak percaya kan? Tapi memang betul korang boleh design t-shirt sendiri tau. Korang kena daftar dulu di laman web Printcious.com untuk lebih mudah.

https://www.printcious.com/my

Banyak pilihan design yang boleh korang pilih ataupun korang boleh reka sendiri design korang. Kalau korang kreatif korang boleh la design barangan korang sendiri.Yang paling menyeronokkan di Printcious.com ni ia boleh diakses melalui telefon pintar ataupun laptop. Ia lebih mudah dan cepat.


Sangat mudah untuk anda buat design sendiri.Boleh tambah nama dan gambar. Pasti korang teruja apabila dapat hadiah sebegini. 

Langkah-langkah untuk membuat order di Printcious.com: 
1. Pilih produk 
2. Muat naik rekaan anda
3.Selesai
Senang sangat kan. Tak perlu ambil masa yang lama dan hadiah tersebut akan dihantar terus kepada anda. 
Yang pasti Qiss pun teruja nak design baju sendiri ni, boleh suka hati design la kiranya. Ikut citarasa Qiss sendiri kan. Yeay! Tak sabar nak tunggu hasilnya ye.

Sebelum Qiss terlupa, Printcious.com rajin sangat bagi diskaun. Jadi korang yang tengah berjimat tu janganlah risau sebab diskaun yang diberikan sahingga 30% dan anda memang dapat jimat banyak. Jadi sempena Festival Kuih Bulan ni Printcious.com akan bagi anda 30% diskaun tau dan ia akan berakhir pada 8 Oktober.. Wahhh! Seronoknya kan. Jomlah sama-sama kita order hadiah unik dan pastinya ia menjadi hadiah paling bernilai buat si penerima.

Kalau korang dengar nam Print..Cious mesti korang dapat agak gabungan apa kan..Jadi jom tengok ape maksud disebalik nama Printcious ni.
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart 

Printcious is a play on word “Printing” and “Precious” which is where our catch phrase “Print Your Precious Gifts”. We hope that our customers are happy no matter they are giving our customised gifts to someone or receiving customised gifts from someone, as we always believe that
            "Giving with Art is Giving with Heart”!  

Ada tips bagi korang yang nak order ni: Boleh kumpul order banyak-banyak dan order sekaligus jadi korang dah jimat duit kos penghantaran kan. Haa..Bijakkan..?haha

Jadi untuk maklumat lebih lanjut korang boleh layari:

Tuesday 5 September 2017

KETAHUI RAHSIA RAMBUT CANTIK DI PESTA PESONA RAMBUT WATSONS

PESTA RAMBUT WATSONS TERBESAR DARI 29 OGOS HINGGA 3 SEPTEMBER MENAWARKAN TIP PENJAGAAN RAMBUT HINGGA KE PRODUK PENJAGAAN RAMBUT TERBAIK

Petaling Jaya, 30 Ogos 2017 – Rambut merupakan salah satu perkara yang anda perasan mengenai seseorang bila bertemu untuk pertama kali. Ia seringkali benar terutamanya bagi wanita. Rambut yang cantik bersinar akan meninggalkan tanggapan yang baik, oleh sebab itu penjagaan rambut yang betul adalah penting. Watsons telah melancarkan pesta rambut terbesar hari ini di One Utama dengan “Pesta Pesona Rambut Watsons” (Watsons Hair Temptations Fair) yang bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 3 September 2017 di Medan Tingkat Bawah. Pengunjung boleh mendapatkan tips penjagaan rambut dan tips pengayaan rambut oleh pakar.



“Kita sering menjadikan rambut sebagai refleksi kepada identiti kita sendiri kerana ia adalah milik peribadi dan dilihat dikhalayak ramai. Ramai wanita merasakan rambut yang tidak terurus akan menjadikan rutin harian berserabut. Kunci untuk mendapat rambut yang sempurna ialah dengan mengamalkan tabiat penjagaan rambut. Setiap wanita boleh memiliki rambut yang sihat cantik dan bersinar sekiranya mereka menggunakan produk yang betul dan mengamalkan rutin penjagaan yang betul. Di Watsons, kami sering menawarkan produk kecantikan terbaik dari hujung rambut ke hujung kaki. Oleh sebab itu, kami bekerjasama dengan hanya jenama terbaik dalam membantu pelanggan yang dihargai melalui slogan “Nampak Bagus, Rasa Bagus”. Kategori penjagaan rambut yang tersedia di Watsons menawarkan beberapa jenama penjagaan rambut yang terkemuka seperti Alpecin, Bad Lab, GVC, Nunature, Beauty Labo, Mandom, Pantene, Head & Shoulder, Clairol Herbal Essences, Uberman, Dr. For Hair, Dove, Lux Luminique, Clear, Marc Anthony, Moist Dianne, L’Oreal, Pure Beauty, Sunsilk and Naturals By Watsons, dimana semuanya tersedia di semua kedai Watsons di Malaysia, satu pusat sehenti untuk mendapatkan semua produk penyelesaian penjagaan rambut”, menurut Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia.



Acara tersebut telah dirasmikan oleh Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia, dengan kerjasama salun A Cut Above, jenama pakaian fesyen Old Navy, YOLO gentleman dan d.d collective dengan sokongan Akademi Amber Chia dan dihadiri oleh rakan media dan komuniti blogger. Jenis rambut orang Asia merupakan paling tebal dan kuat berbanding dengan jenis rambut dari rantau lain didunia tetapi ia juga mudah rosak disebabkan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada matahari, ia akan menyebabkan masalah rambut kusut dan kering. Oleh sebab itu, rambut orang Asia memerlukan rutin penjagaan rambut yang tertentu.




Ketika Pesta Pesona Rambut, para pelanggan boleh menikmati potongan harga istimewa, tawaran promosi untuk pembelian ketika pesta termasuk penjagaan rambut dan tips pengayaan rambut, warna sesuai untuk gaya rambut serta cara penjagaan rambut bagi orang lelaki. Bad Lab menawarkan khidmat memotong rambut pantas percuma untuk sebarang pembelian produk Bad Lab. Ahli VIP Watsons boleh mengambil kesempatan tawaran ini seperti hadiah dengan pembelian, percuma mug (dengan pembelian minimum RM100) dan percuma pengering rambut (dengan pembelian RM200 ke atas). Manakala ahli ONECARD akan mendapat tambahan topeng muka (dengan pembelian minimum RM70).





* PROMOSI untuk shampu masih berlangsung sehingga 6 September. *

Nantikan Syok SALE Carnival yang akan berlangsung dari 6 September hingga 10 September 2017 di GF, Center Court, One Utama.