Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Monday 28 August 2017

Hari Membeli-belah Dalam Talian Shopee 9.9 Kembali Lagi

Jualan Mega Shopee kembali lagi. Hari Membeli-belah Dalam Talian Shopee: Jualan Mega e-Dagang Pertama 2017 Kini Tiba
Rakyat Malaysia akan Bergembira dengan Harga Jualan Terendah Sepanjang Ekstravaganza 20 Hari Ini.

Pada 22 Ogos 2017, Shopee telah mengumumkan barisan kempen jualan murah dan usahasama yang mengujakan dengan beberapa jenama kegemaran sepanjang sambutan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9. Jutaan pembeli dalam talian di Malaysia boleh menikmati ribuan  tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng, termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti PETRONAS, KFC, Digi, 20th Century Fox, B Infinite dan banyak lagi.

Bermula 23 Ogos 2017, pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari untuk jualan mega Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 bermula 9 September 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam.


Pengarah Urusan Serantau Shopee  Malaysia, Encik Ian Ho (何子翔) melancarkan Kempen 'Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee' pada 22.8.2017 yang lalu. 

“Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dianjurkan lagi buat tahun kedua. Kali ini, kami berusaha keras untuk memastikan jualan murah kali lebih hebat daripada sebelum ini. Kami telah membariskan ribuan usahawan Shopee yang menawarkan ribuan produk pada harga amat rendah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Semua produk tersebut tertakluk pada Jaminan Harga Terendah Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Jaminan Harga Terendah Shopee menjamin mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga lebih rendah di platform lain akan diberikan ganti rugi berjumlah 120% pada perbezaan harga tersebut. “Pada masa yang sama, kami juga akan memberikan hadiah keseluruhan berjumlah RM59,999 sepanjang dua minggu ini sebagai bonus tambahan kepada pembeli dalam talian. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini di aplikasi dan platform media sosial Shopee,” kata Ho lagi.


Gambar bersama dan kelihatan di tengah berbaju putih, Ian Ho (何子翔), Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia bersama wakil dari PETRONAS, 20th Century Fox, KFC, Unilever, RHB, Watsons, B Infinite, Super, Digi, L’oreal, Beiersdorf, Nestle and Tune Talk.



Kemuncak Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9

Pembukaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee dimulakan dengan Jualan Murah Merdeka Shopee yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos, dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.




Dari 9 hingga 11 September, Best of 9.9 (Pilihan Terbaik 9.9) akan menawarkan potongan harga sehingga 90% ke atas produk. Terhad pada 9 September sahaja, Upsized Shocking Sale (Shocking Sale Berganda) akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabot dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah.

Unilever pula akan menganjurkan Jualan Khas Unilever dengan potongan harga sehingga 30% dengan baucar 20% di seluruh platform. Watsons juga memberikan potongan harga 20% di seluruh platform. Jenama elektronik Senheng pula akan menawarkan sehingga 50% potongan harga ke atas 99 barangan, manakala ESH2U menawarkan potongan harga sehingga 99% dengan baucar bernilai sehingga RM100. Pembeli dalam talian juga akan ternanti-nanti dengan tawaran mengujakan daripada Nestle, ASUS, Super Coffee and banyak lagi sepanjang kempen




Manfaat Lain bagi Pembeli Dalam Talian

Menerusi usahasama dengan KFC, setiap pelanggan yang membuat pembelian dari 22 Ogos hingga 9 September akan menerima ketulan ayam KFC (KFC Nuggets) percuma dengan setiap penghantaran KFC. Pada 9 September, KFC akan meraikan hari ulang tahun Colonel Sanders dengan memberikan kombo 2 ketul ayam kepada setiap pengguna berdaftar ke-9 pada tarikh tersebut. Pada hari yang sama, PETRONAS akan melancarkan Kad Hadiah Edisi Terhad PETRONAS x Shopee bernilai RM50 pada harga RM45 (terhad untuk 3,000 unit dijual secara dalam talian). Manakala 9,000 unit kad hadiah akan dijual di stesen PETRONAS seluruh negara pada harga RM50 dan disertakan dengan baucar Shopee bernilai RM5.


Menerusi usahasama dengan 20th Century Fox pula, pembeli dalam talian yang membeli-belah dari 1 hingga 4 September boleh memenangi dua tiket tayangan perdana untuk menonton filem ‘Kingsman: The Golden Circle’. B Infinite juga akan memberi ganjaran hadiah yang bernilai 999 dan 9,999 dalam bentuk mata B Infinite, jumlah keseluruhan 57,000 mata untuk dimenangi. Digi juga akan menawarkan baucar tunai pada harga RM9.90 sahaja.


Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9 Shopee juga disokong oleh CIMB, Public Bank dan RHB Bank dengan potongan harga tambahan sehingga 10% bagi semua pemegang kad kredit.

Untuk maklumat lanjut berkaitan manfaat dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99. Atau, muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini.



#ShopeeMY99




Saturday 26 August 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

Hai semua, hari ni Qiss nak join peraduan dari Lazada sempena bulan kemerdekaan tahun ni. Peraduan ni terbuka kepada semua blogger berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.



Apa yang Qiss suka menjadi rakyat Malaysia?
Percaya atau tidak, Qiss rasa beruntung sangat menjadi rakyat Malaysia sebab Bahasa Malaysia itu sendiri. Qiss suka sajak, pantun, syair, cerpen dan gurindam.

Qiss sempat buat pantun sempena Merdeka Sale Lazada ni.

Negara Malaysia 60 tahun merdeka,
Harga istimewa diberi Lazada,
Jangan lupa Jualan Merdeka,
Layarilah laman web Lazada.

Lagi satu, yang seronoknya jadi rakyat Malaysia ni, Qiss dapat ramai kawan dari pelbagai kaum. Dari kaum Cina, India serta kaum dari Sabah dan Sarawak. Seronok sebab dapat mempelajari budaya dan bahasa dari kaum lain.






Tahu tak ada pelbagai barangan buatan Malaysia yang dijual di laman web Lazada, contohnya dua barang di bawah ni.

Bread Maker ni memang target Qiss nak
beli sebab memang suka makan roti.
Qiss memang sukakan produk
Safi ni, sangat-sangat
membantu kulit Qiss.

Tak sangka jenama yang terkenal ni rupanya barangan Malaysia. Jadi sempena bulan kemerdekaan ini, Lazada akan mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale yang berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 ini. Yang paling menarik tentang sale ini ialah anda akan dapat diskaun istimewa sehingga 80%. Wow! Menariknya! Korang boleh buat pembelian di sini https://www.lazada.com.my/merdeka-sale/

Thursday 24 August 2017

Diskaun RM5 untuk contact lens pilihan anda

Hi, I am wearing Violet lens colour from silkon. Sebagai pemakai contact lens, Qiss memang akan memakai contact lens yang selesa kerana ia dapat membantu Qiss bekerja dengan selesa.

Biarpun pertama kali mencuba contact lens ini, Qiss dapat merasakan keselesaan semasa menyentuh permukaan contact lens ni. Teksturnya agak tebal tetapi bila dah pakai, terasa macam tak pakai lens pulak.


Qiss pilih warna purple sebab rasa sesuai dengan warna anak mata Qiss. Kalau pakai warna kelabu selalu budak-budak akan panggil Qiss hantu.haha..sabar jelah kan.

Fakta:
Silkon contact lens are made of Silicone Hydrogel are advanced soft lenses that allow more oxygen to pass through the lens to the cornea than regular soft contact lens.




 This is 1 month lens, made in Korea

Silkon has both color lens and clear lens
a. Innise 14.2mm (5 colors) -

http://bconnesso.com/shop/silkon-innise-14-2mm/


b. Manxion 14.5mm (9 colors) -

http://bconnesso.com/shop/silkon-manxion-14-5mm/



c. Pro 14.2mm (clear lens) -

http://bconnesso.com/shop/silkon-pro-14-2mm/



 RM5 discount when you apply this code "ATHIRAH5" upon checkout. Jangan tunggu lama-lama, jom beli sekarang. RM5 Discount on contact lens

HYPR mencari anda yang aktif di media sosial

Pemilihan Hypr sebagai sebuah platform yang digunakan oleh syarikat-syarikat ataupun jenama yang ingin menarik lebih ramai pengguna lebih tahu tentang produk serta promosi terkini mereka kini membuka peluang buat anda yang ingin menjana pendapatan.

Kenapa dipanggil sebuah platform untuk menjana pendapatan? Ini kerana jika anda berdaftar sebagai influencer, anda akan nampak tab promosi di mana anda boleh memilih promosi yang sesuai untuk anda dan anda boleh copy dan share link ke facebook anda. Apabila rakan-rakan facebook anda klik link tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah yang telah ditetapkan untuk link tersebut.

Sebagai influencer yang telah berdaftar dengan Hypr.my selama 2 minggu, Qiss dapat melihat peningkatan jumlah klik serta jumlah bayaran untuk setiap klik.

Berita gembira yang Qiss nak share dengan anda ialah, Hypr.my akan mengadakan majlis pelancaran mereka:
Tarikh: 29 Ogos 2017
Tempat: Next Academy, TTDI
Masa    : 7:00PM - 9:30 PM


Sekiranya anda berminat untuk menjadi influencer anda boleh mendaftar di sini: hypr.my

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai pelancaran Hypr ini, anda boleh mendapatkan di sini: Hypr Launch

Thursday 17 August 2017

Nanowhite x Hijabista Tea Time


Khamis, 10 Ogos Qiss berpeluang menghadiri majlis minum petang anjuran Nanowhite dan Hijabista. Haa.. Macam mana boleh dapat jemputan ni? Qiss kan rajin follow @hijabistamag dekat Instagram, satu hari tu nampak la post untuk Hijabista ni OOTD in green. Qiss pun ape lagi, cari baju hijau dan terus snap gambar.


Bila dah menang tu Qiss dapat direct message dari Hijabista untuk hadir ke majlis tersebut. Macam biasa, ada sesi pendaftaran. Selesai pendaftaran, Qiss masuk dalam dewan. Wahh!! Cantiknya dekorasi dia, dah macam dalam taman.





Sesi pertama, belajar cuci muka dengan menggunakan pembersih wajah Nanowhite. Baru tahu ciri-ciri kulit Qiss ni kering. Jom semak jenis kulit anda:
i. Kering-selepas mencuci muka, kulit anda terasa tegang dan seperti ditarik ke belakang.
ii. Berminyak-selepas mencuci muka, kulit anda masih terasa berminyak
iii. Kombinasi-selepas mencuci muka, kulit anda kelihatan berminyak di bahagian T-zone. Manakala di bahagian pipi terasa kering.

Cuci muka mengikut turutan dan dimulakan dengan pembersih muka, toner, serum dan akhirnya moisturiser.

Sesi kedua ialah tutorial daripada @tudungruffle dimana kami di ajar cara yang betul untuk menggayakan tudung bawal.












Friday 4 August 2017

K-Beauty : Dear, Klairs

Klairs merupakan salah satu jenama produk kecantikan daripada Korea. Produknya dihasilkan daripada bahan semulajadi. Tiada pewarna, tiada alkohol, tiada paraben dan tiada pewangi buatan.

Dari segi pembungkusan, produk ini sangat comel dan menarik hati untuk memilikinya.

Antara produk menarik untuk dicuba ialah Klairs Mid-day Blue Sun Lotion, Klairs Mochi BB Cushion Pact dan Qiss juga berpeluang mencuba Klairs Trial Sample Set.




Klairs Mid-day Blue Sun Lotion

Merupakan pelindung cahaya matahari dengan SPF40/PA++ ia tidak akan mengeringkan kulit walau terpaksa berpanas kerana ia merupakan krim pelindung matahari yang sangat efektif. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Krim ini sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.



Yang menariknya, losyen ini boleh digunakan sebagai make up base dengan adanya natural tone correction.

Bagi yang suka melakukan aktiviti luar digalakkan untuk menggunakan Klairs Mid-day Sun Lotion ini 15 minit sebelum melakukan aktiviti dan sapukan semula selepas 2 jam untuk lebih perlindungan.


Klairs Mochi BB Cushion Pact

Dari segi pembungkusan lagi hati Qiss dah tertarik untuk membuka dan melihat apa yang ada di dalam kotak. Kotak yang sangat menarik dan comel, sesuai untuk gadis-gadis yang sukakan kawaii. Ia sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana bekasnya yang comel.



Terdapat penutup yang boleh diputar dimana ia tidak mudah terbuka walaupun terjatuh dan ini sangat-sangat menjamin kebersihan.

Span yang disertakan juga sangat lembut dan membantu meratakan ke seluruh muka. Seronok apabila kita pakai Klairs Mochi BB Cushion Pact ini ialah muka menjadi flawless
Dan tidak bertampuk.

Kulit Qiss juga kelihatan segar dan sihat kerana Mochi BB Cushion Pact  membantu meneutralkan kemerahan wajah secara natural. Korang hanya perlu sapukan  Mochi BB Cushion ini pada wajah dan lihatlah hasilnya.


Klairs Trial Sample Set (8SKU, 3ml)

Terdapat 8 jenis produk terbaik Klairs di dalam set percubaan ini. 
1. Supple Preparation All-over Lotion
2. Supple Preparation Facial Toner
3. Gentle Black Deep Cleansing Oil
4. Rich Moist Soothing Serum
5. Rich Moist Soothing Cream
6. Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA++
7. Midnight Blue Calming Cream
8. Illuminating Supple Blemish Cream SPF40/PA++



Dapatkan produk Klairs sekarang!

Rasa teruja nak dapatkan rangkaian produk Klairs ni bukan?
Jom tengok dekat website Hermo dan korang boleh terus membuat pembelian.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Klairs ni korang boleh tengok dekat http://www.klairscosmetics.com