Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Showing posts with label Lazada. Show all posts
Showing posts with label Lazada. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

Promosi Online Revolutions Sales Lazada



Produk pertama yang Qiss beli online ialah almari baju mudah alih sebab masa tu tinggal di rumah sewa. Kiranya almari ni sesuai untuk Qiss. Ia juga mudah dipasang. Qiss hanya perlu ikut langkah-langkah yang disertakan.

Beli online ni tak susah sebenarnya, kita boleh register akaun dengan laman web membeli-belah yang berkenaan dan seterusnya hanya perlu membuat pembelian barangan yang kita nak.


Banyak  barang boleh beli online sekarang ni dan Qiss suka beli barang yang tak urgent sebab kalau urgent kita tak sempat dapat barang pada masa tu juga. Jadi selalunya Qiss akan beli alat make up, pencuci muka, baju dan lain-lain barang yang Qiss boleh jangka waktu tiba barangan tersebut.


Qiss paling suka online shopping sebab ia sangat memudahkan Qiss. Qiss hanya perlu online dan beli barangan tersebut. Qiss tak perlu keluar ke ATM untuk keluarkan duit sebab Qiss hanya perlu buat bayaran melalui FPX payment je. Senang dan selamat.


Dekat Lazada ni Qiss selalu tengok handphone sebab harga yang ditawarkan lagi murah dari harga pasaran. Selalu memang ada diskaun jadi Qiss dapat jimat.


Sempena Lazada Online Revolutions Sale ni Qiss bercadang untuk membeli sebuah telefon pintar  bagi menggantikan telefon sedia ada. Bila Qiss  tengok harga di laman web lazada memang harga yang ditawarkan sangat murah.


Online Revolutions Sale Lazada berlangsung dari 11 November sehingga 14 Disember dan jangan ketinggalan mengikuti promosi yang pastinya dapat menjimatkan wang anda. https://www.lazada.com.my/online-revolution

Monday, 11 December 2017

Biggle Aplikasi Pembelian Produk Dalam Talian Yang Memudahkan Pengguna

Terdapat pelbagai aplikasi yang memudahkan pengguna semasa membeli barangan dalam talian. Lebih menarik apabila kita dapat berjimat walaupun membeli dalam talian. Biggle adalah salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membeli barang secara online sambil mesej sesama rakan untuk bertanyakan pendapat tentang barangan yang ingin dibeli.
Biggle juga menawarkan promosi yang sangat menarik.


Tentang Biggle
Biggle adalah aplikasi mesej produk bersama diskaun yang membuatkan pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih mudah dengan menawarkan pelbagai diskaun yang menarik. Dengan danya aplikasi Biggle ini, anda tidak perlu screenshot gambar barangan yang ingin dibeli dan bertukar kepada aplikasi mesej lain hanya untuk bertanyakan pendapat rakan-rakan. Melalui Biggle anda tidak perlu melawat beberapa laman web hanya untuk mendapatkan kod diskaun kerana Biggle adalah alternatif terbaik dan ada kesemuanya.

Biggle mula diperkenalkan pada bulan Mac 2017 dan ditukar kepada versi Beta dan dilancarkan pada 1 Disember 2017. Tercetusnya idea untuk mencipta aplikasi ini apabila melihat kesungguhan seorang isteri screenshot gambar barangan yang ingin dibeli dan seterusnya menghantar gambar-gambar tersebut melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat untuk mendapatkan pandangan rakan dan keluarga tentang produk yang ingin dibeli. Bagi memudahkan pengguna, aplikasi Biggle ini dicipta berdasarkan pengalaman pengguna yang gemar bertanya kesesuaian produk untuk mereka kepada rakan-rakan.

Biggle

Muat turun di Google Playstore

Langkah-langkah mudah menggunakan aplikasi Biggle

Bagi pengguna kali pertama aplikasi ini, Qiss teruja apabila hendak membeli barangan dari Lazada, Qiss hanya perlu taip nama barang yang Qiss nak beli dan Biggle akan tunjukkan keputusan carian barangan yang berkaitan. Lagi teruja apabila ada diskaun tambahan tau.

Boleh beli dari DirectD

Dapatkan kod promosi



Qiss juga boleh bandingkan harga yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Jadi Qiss boleh berjimat. Lepas ni kalau nak tanya pendapat kawan-kawan tentang barang nak beli boleh mesej mereka melalui  Biggle. Qiss juga dah redeem hadiah percuma. Bagus betul aplikasi Biggle ni.


Kempen Hadiah Percuma dan 12% Kod Diskaun Lazada 

Hadiah Percuma dari 1 Disember sehingga 21 Disember 2017


Cara-cara mendapatkannya.
1. Klik SINI dan Daftar.
2. Dapatkan Kod Promosi.
3. Masukkan kod promosi di laman membeli dan anda dapat hadiah percuma.

Kod Baucar 12% Lazada untuk seluruh laman dalam talian Lazada.



- Tiada pembelian minimum.
- Maksimum diskaun adalah RM30.
- Tamat pada 14 Disember 2017.

Jom muat turun sekarang dan mula berjimat dengan Biggle. Jimat masa serta jimat duit sekali pula tu.


Saturday, 26 August 2017

Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

Hai semua, hari ni Qiss nak join peraduan dari Lazada sempena bulan kemerdekaan tahun ni. Peraduan ni terbuka kepada semua blogger berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.



Apa yang Qiss suka menjadi rakyat Malaysia?
Percaya atau tidak, Qiss rasa beruntung sangat menjadi rakyat Malaysia sebab Bahasa Malaysia itu sendiri. Qiss suka sajak, pantun, syair, cerpen dan gurindam.

Qiss sempat buat pantun sempena Merdeka Sale Lazada ni.

Negara Malaysia 60 tahun merdeka,
Harga istimewa diberi Lazada,
Jangan lupa Jualan Merdeka,
Layarilah laman web Lazada.

Lagi satu, yang seronoknya jadi rakyat Malaysia ni, Qiss dapat ramai kawan dari pelbagai kaum. Dari kaum Cina, India serta kaum dari Sabah dan Sarawak. Seronok sebab dapat mempelajari budaya dan bahasa dari kaum lain.






Tahu tak ada pelbagai barangan buatan Malaysia yang dijual di laman web Lazada, contohnya dua barang di bawah ni.

Bread Maker ni memang target Qiss nak
beli sebab memang suka makan roti.
Qiss memang sukakan produk
Safi ni, sangat-sangat
membantu kulit Qiss.

Tak sangka jenama yang terkenal ni rupanya barangan Malaysia. Jadi sempena bulan kemerdekaan ini, Lazada akan mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale yang berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017 ini. Yang paling menarik tentang sale ini ialah anda akan dapat diskaun istimewa sehingga 80%. Wow! Menariknya! Korang boleh buat pembelian di sini https://www.lazada.com.my/merdeka-sale/