Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Thursday 14 December 2017

Promosi Online Revolutions Sales Lazada



Produk pertama yang Qiss beli online ialah almari baju mudah alih sebab masa tu tinggal di rumah sewa. Kiranya almari ni sesuai untuk Qiss. Ia juga mudah dipasang. Qiss hanya perlu ikut langkah-langkah yang disertakan.

Beli online ni tak susah sebenarnya, kita boleh register akaun dengan laman web membeli-belah yang berkenaan dan seterusnya hanya perlu membuat pembelian barangan yang kita nak.


Banyak  barang boleh beli online sekarang ni dan Qiss suka beli barang yang tak urgent sebab kalau urgent kita tak sempat dapat barang pada masa tu juga. Jadi selalunya Qiss akan beli alat make up, pencuci muka, baju dan lain-lain barang yang Qiss boleh jangka waktu tiba barangan tersebut.


Qiss paling suka online shopping sebab ia sangat memudahkan Qiss. Qiss hanya perlu online dan beli barangan tersebut. Qiss tak perlu keluar ke ATM untuk keluarkan duit sebab Qiss hanya perlu buat bayaran melalui FPX payment je. Senang dan selamat.


Dekat Lazada ni Qiss selalu tengok handphone sebab harga yang ditawarkan lagi murah dari harga pasaran. Selalu memang ada diskaun jadi Qiss dapat jimat.


Sempena Lazada Online Revolutions Sale ni Qiss bercadang untuk membeli sebuah telefon pintar  bagi menggantikan telefon sedia ada. Bila Qiss  tengok harga di laman web lazada memang harga yang ditawarkan sangat murah.


Online Revolutions Sale Lazada berlangsung dari 11 November sehingga 14 Disember dan jangan ketinggalan mengikuti promosi yang pastinya dapat menjimatkan wang anda. https://www.lazada.com.my/online-revolution

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai