Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Monday 11 December 2017

Biggle Aplikasi Pembelian Produk Dalam Talian Yang Memudahkan Pengguna

Terdapat pelbagai aplikasi yang memudahkan pengguna semasa membeli barangan dalam talian. Lebih menarik apabila kita dapat berjimat walaupun membeli dalam talian. Biggle adalah salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membeli barang secara online sambil mesej sesama rakan untuk bertanyakan pendapat tentang barangan yang ingin dibeli.
Biggle juga menawarkan promosi yang sangat menarik.


Tentang Biggle
Biggle adalah aplikasi mesej produk bersama diskaun yang membuatkan pengalaman membeli-belah dalam talian anda lebih mudah dengan menawarkan pelbagai diskaun yang menarik. Dengan danya aplikasi Biggle ini, anda tidak perlu screenshot gambar barangan yang ingin dibeli dan bertukar kepada aplikasi mesej lain hanya untuk bertanyakan pendapat rakan-rakan. Melalui Biggle anda tidak perlu melawat beberapa laman web hanya untuk mendapatkan kod diskaun kerana Biggle adalah alternatif terbaik dan ada kesemuanya.

Biggle mula diperkenalkan pada bulan Mac 2017 dan ditukar kepada versi Beta dan dilancarkan pada 1 Disember 2017. Tercetusnya idea untuk mencipta aplikasi ini apabila melihat kesungguhan seorang isteri screenshot gambar barangan yang ingin dibeli dan seterusnya menghantar gambar-gambar tersebut melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat untuk mendapatkan pandangan rakan dan keluarga tentang produk yang ingin dibeli. Bagi memudahkan pengguna, aplikasi Biggle ini dicipta berdasarkan pengalaman pengguna yang gemar bertanya kesesuaian produk untuk mereka kepada rakan-rakan.

Biggle

Muat turun di Google Playstore

Langkah-langkah mudah menggunakan aplikasi Biggle

Bagi pengguna kali pertama aplikasi ini, Qiss teruja apabila hendak membeli barangan dari Lazada, Qiss hanya perlu taip nama barang yang Qiss nak beli dan Biggle akan tunjukkan keputusan carian barangan yang berkaitan. Lagi teruja apabila ada diskaun tambahan tau.

Boleh beli dari DirectD

Dapatkan kod promosi



Qiss juga boleh bandingkan harga yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Jadi Qiss boleh berjimat. Lepas ni kalau nak tanya pendapat kawan-kawan tentang barang nak beli boleh mesej mereka melalui  Biggle. Qiss juga dah redeem hadiah percuma. Bagus betul aplikasi Biggle ni.


Kempen Hadiah Percuma dan 12% Kod Diskaun Lazada 

Hadiah Percuma dari 1 Disember sehingga 21 Disember 2017


Cara-cara mendapatkannya.
1. Klik SINI dan Daftar.
2. Dapatkan Kod Promosi.
3. Masukkan kod promosi di laman membeli dan anda dapat hadiah percuma.

Kod Baucar 12% Lazada untuk seluruh laman dalam talian Lazada.



- Tiada pembelian minimum.
- Maksimum diskaun adalah RM30.
- Tamat pada 14 Disember 2017.

Jom muat turun sekarang dan mula berjimat dengan Biggle. Jimat masa serta jimat duit sekali pula tu.


No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai