Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Wednesday 1 November 2017

Dewan Perdana Zafran Pilihan Pasangan Pengantin Sekitar Kepong dan Kuala Lumpur

Masih mencari tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi belum jumpa? Ada satu dewan serba lengkap dengan peralatan, PA sistem, DJ dan tempat letak kereta. Dewan ini ialah Dewan Perdana Zafran. Ia telah mula beroperasi sejak tahun 2016 dan telah mengadakan pelbagai majlis terutamanya majlis kenduri perkahwinan, majlis reunion dan majlis korporat.



Bekerjasama dengan salah satu perunding pakej perkahwinan terkenal iaitu Wedding.com.my, Dewan Perdana Zafran yang dimiliki oleh Tuan Haji Mohd Ariff Bin Mohd Shariff (Haji Bob) telah mengadakan Ekspo Kahwin Perdana yang juga merupakan acara merasa menu hidangan yang boleh ditempah semasa majlis jamuan. Chef yang menyediakan makanan untuk majlis di dewan ini pernah bekerja di hotel 5 bintang sekitar Lembah Klang dan berpengalaman dalam bidang masakan lebih daripada 15 tahun.

Terdapat pelbagai menu di sini dan paling sedap ialah rendang daging dan ayam berempah. Nasi beriyani ia pula dieksport dari India dan sangat sedap dan sangat berkualiti. Terasa kelainan pada nasi tersebut dan memang tak setanding dengan beras yang biasa kita makan di Malaysia.

Nasi Beriyani

Rendang Daging


Kari Daging

Dalca Sayur

Ayam goreng Berempah



Berkonsepkan buffet, Dewan Perdana Zafran boleh menyediakan pelbagai jenis masakan. Tiada lagi masalah katering tidak datang ke majlis dan makanan tidak cukup kerana di Dewan Perdana Zafran ini dapur untuk memasak berada di bahagian belakang dewan dan juga merupakan katering utama bagi dewan tersebut. Sha Jam Catering merupakan syarikat kepunyaan Haji Bob yang akan menyediakan makanan untuk majlis di dewan tersebut.




Bagi pasangan yang ingin berkahwin pada tahun ini dan tahun 2018, Dewan Perdana Zafran menyediakan pakej serendah RM20.90 seorang.

Bersama para blogger.
Gambar daripada FB Halimah Muhiden

Majlis Ekspo Kahwin Perdana ini dimulakan dengan ucapan dari Dato Kohilan Pillay yang kemudiannya merasmikan acara majlis tersebut.

Ekspo yang turut disertai beberapa vendor ini juga mendapat sambutan pasangan yang ingin menempah baju pengantin, cenderahati untuk tetamu dan tempahan khidmat jurugambar.




Wedding.com.my telah memperkenalkan pakej menarik dan menawarkan servis konsultan untuk menguruskan perkahwinan bagi pihak bakal pengantin dari mula persediaan hingga hari mereka diijabkabulkan.


Pakej lain yang terdapat di Wedding.com.my ialah Baju Pengantin/ Baju Nikah, Katering, Dewan Majlis, Dekorasi pelamin, Make up, Cenderahati, Kad Kahwin, Gubahan hantaran, Pakej Bulan Madu dan jurugambar untuk majlis.

Untuk melihat sendiri koleksi dan pakej yang ditawarkan boleh datang ke alamat berikut:
H-89-1, Block H,
72A, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Temujanji boleh hubungi: +603 7932 0050


Wedding.com.my & Dewan Perdana Zafran melancarkan Peraduan Tag & Win Pakej Perkahwinan. Peraduan ini akan berakhir pada 31 Disember 2017. Pemenang bertuah akan memenangi Sesi Bergambar Outdoor dan Satu Pakej Perkahwinan yang ditetapkan.

Majlis diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal Nas Adila dan tetamu dapat bergambar dan mendapatkan tandatangan penyanyi tersebut.

Foto sumber: IG wan.deejay


Bagi perkhidmatan Emcee dan Deejay, seorang deejay terkenal iaitu Wan Deejay  akan memeriahkan majlis anda kerana telah berpengalaman beberapa tahun mengacarakan majlis.

Bagi pendapat Qiss dewan ini sangat selesa bagi tetamu yang hadir. Ruangan yang luas dan Pengantin boleh memilih untuk mendeko pentas mengikut citarasa sendiri.Tempat parking yang luas dan pakej yang disediakan memang berbaloi. Sekiranya tetamu tiada pengangkutan untuk ke lokasi majlis, anda tak perlu risau sebab dewan ini berdekatan dengan stesen komuter Kepong Sentral.


Untuk tempahan dewan:
Tuan Haji Mohd Ariff bin Mohd Shariff
Emel: shajamcaterer@gmail.com
Telefon: +6019 306 6155
Alamat: No.5, Tingkat 5, Kompleks Desa, 52100 Kepong Kuala Lumpur.

13 comments:

  1. Tengok makanan pun dah terasa lapar tau. Dah ada tempat macam ni, mudah la nak buat keraian. Dekat pulak tu dengan kenderaan awam.

    ReplyDelete
  2. Amboiii..panjang nya nasi.. bukan beras biasa2 ni., memang pihak katering mementingkam kualiti...

    ReplyDelete
  3. banyaknya makanan , semua nampak sedap2 pulak tu. Thumbs up!

    ReplyDelete
  4. Boleh bg tau en tunang akak ni..sebab nampak menarik dengan tawaran..dewan pun luas..thanks atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. Pakej rm20.90 berpatutan jugak dengan menu yang disediakan . Banyak

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah makin banyak dewan perkahwinan yang menawarkan pakej menarik dan mampu untuk semua golongan. Bagus usaha dalam memudahkan pembinaan masjid kan.

    ReplyDelete
  7. Nampak besar dan selesa dewan tu. Sekarang ni memang senang buat wedding dekat dewan. Tapi kena ada budget lah ☺

    ReplyDelete
  8. Memang sedap sangat makanan dia kan. Semua sedap2 sampai sekarang teringat2. Dewan pun besar memang berbaloi siapa yg tempah dengan pakej dewan perdana zafran ni

    ReplyDelete
  9. Zaman skrg ni kalau nk senang buat je kat dewan yg menawarkan pakej keseluruhannya, kita tak yg dah bersusah payah nak buat itu ini, semua tersedia.
    Nampak makanan yg disediakan di Dewan Perdana Zafran ni menyelerakan..mesti org ramai puas hati makan di majlis berbahagia pengantin

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni macam-macam pilihan ada. Tengok budget je untuk sesuaikan pilihan. Yang pasti hari istimewa nak diabadikan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. Wohoooo budget dia macam sesuai untuk pengantin baru yang sedang berjimat. Makanan tu dr catering Dewan ke? Nampak sedap!

    ReplyDelete
  12. Nak kahwin nanti, boleh usha kot pakej yang mereka tawarkan nie... Itu pun kalau dapat orang area KL hahajajja

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada pakej macam ni. Umpama one stop center la bagi sesiapa yang nak kawen.

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai