Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Tuesday 10 October 2017

Shopee Mall: Pusat membeli belah di dalam aplikasi telefon pintar

Shopee mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi membeli-belah terulung dengan pelancaran Shopee Mall

Portal khas yang menampilkan 300 jenama terkemuka, Shopee Mall menawarkan jaminan 100% produk tulen (atau pemulangan dua kali ganda wang anda), Polisi 15 Hari Pemulangan dan Penghantaran Percuma seluruh negara

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2017 -- Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Shopee Mall tersebut menawarkan jutaan rakyat Malaysia akses langsung pada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang premium. Antara jenama yang ditampilkan dalam Shopee Mall termasuklah Nestlé, PETRONAS, Watsons, Senheng, Digi, Cola-Cola, Huawei, L’Oreal, Xixili dan banyak lagi.

Dari kiri: Ian Ho (何子翔), Pengarah Urusan Serantau Shopee sebagai moderator panel diskusi bertanyakan soalan kepada panel:Eddy Yap, Division Head of E-Commerce, Senheng, Tara Tan, Chief Marketing Officer, XIXILI and Joshua Zhu, Head of E-commerce, Nestle Malaysia. 


Pelanggan kini boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (atau kami mengembalikan dua kali ganda wang anda), polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, pelbagai produk kegemaran ramai yang ditawarkan di Shopee Mall adalah tertakluk bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.


 Dari kiri: Nicholas Chew, Senior e-commerce Executive, Unicharm, Ng Shih Siang (黄诗翔), e-commerce Manager, Caring Pharmacy, Brighton Goh Ang Leong (吴鸿亮), Customer Development Manager, E-commerce, Unilever Malaysia, Camry Yong Chee Keen, e-commerce Manager, Watsons Malaysia, Steven Lim, Executive Director, Super Food Marketing, Eddy Yap (叶伟达), Division Head of e-commerce, Senheng, Joshua Zhu (朱朔), Head of e-commerce Nestle, Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee, Tara Tan (陈美颍), Chief Marketing Officer, XIXILI, Daniel Chuah, Online & E-commerce Executive Coca Cola Malaysia, How Lih Ren, Head of iTelco, Digi Telecommunications, Isaac Lee, Key Client Manager, OPPO Electronics, Daniel Choy (蔡政轩), E-commerce Manager, Tefal’s Official Partner, Masaki Tago, Managing Director, Pigeon, Jimmy Chiong Kung Guan (蒋孔源) , Strategic Partner, Deerma

“Shopee Mall telah direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin moden. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama tersebut. Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan percuma buat pertama kali,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.



Dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan peluang keemasan untuk pelbagai jenama meluaskan pasaran sasar mereka dengan mendekati pengguna sedia ada Shopee yang kini direkodkan pada kira-kira 4 juta muat turun di Malaysia.


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee bersama ciri terbaru iaitu Shopee Mall di dalam aplikasi Shopee yang telah dilancarkan.

“Tambahan pula, polisi komisyen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya lagi.

Sekiranya mana-mana pengguna terjumpa sesuatu produk dijual pada harga lebih murah di platform e-dagang lain boleh mendapatkan ganti rugi pada kadar 120% daripada perbezaan harga produk tersebut.

Suasana Membeli-belah Secara Dalam Talian Yang Premium
Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk. Di Shopee Mall, pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima berjumlah RM30, manakala pemulangan produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian.

Jaminan Produk Tulen 100% Shopee Mall juga boleh meyakinkan pengguna yang sering berasa was-was terhadap ketulenan sesuatu produk. Mana-mana pelanggan yang menerima produk tiruan menerusi
Shopee Mall layak menerima ganti rugi sebanyak 200%. Bagi mengenalpasti senarai produk Shopee Mall, pengguna boleh mencari label ‘Mall’ berwarna merah semasa meninjau produk.


Bersempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall akan menganjurkan kempen eksklusif dengan beberapa jenama pilihan Malaysia seperi Watsons, Nestlé, Senheng, Unilever, Philips, Caring, Courts dan banyak lagi. Bermula hari ini sehingga 8 Oktober, pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90%, baucar potongan harga dan hadiah menarik.


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/mall atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.








No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai