Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Friday 9 May 2014

Resepi Pretzel Coklat Cookies



Resepi Pretzel Coklat Cookies

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yeast 
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka

Cara - Cara Membuat :

Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C

Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.

Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar,Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.

Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit, Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat

Pretzel sedap di makan bersama caremel,Sejukkan dan celup dalam coklat dan hias ikut kesukaan masing masing (blh letak kekacang/serbuk oreo dsb)Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.


p.s: Resepi dari Facebook Resepi Pastry

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai