Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Monday 12 May 2014

Khasiat CoQ10 Shaklee

ubiquino-300x150
CoQ 10?…Ramai orang awam yang mungkin belum pernah dengar CoQ 10. Apa CoQ10?..dari mana ia terhasil dan bahagian tubuh manakah yang memerlukan CoQ10?
Pada entri kali ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit berkenaan CoQ10 dan fungsinya terhadap tubuh kita.
CoQ10 adalah singkatan dari “Coenzime Q10″ iaitu sejenis koenzime larut minyak seperti vitamin. Ia ditemui pada lewat 1950-an di Amarika syarikat. CoQ 10 terdapat didalam banyak makanan terutamanya didalam daging ayam dan lembu, terutamanya pada organ jantung. Ia juga terdapat didalam sayuran seperti brocoli, kacang soya serta bijan. CoQ10 juga terdapat didalam bentuk supplement .
Badan kita menghasilkan CoQ10 & sel kita menggunakannya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan badan kita untuk perkembangan dan penyelenggaraan sel. Secara asanya, organ tubuh manusia yang memerlukan tenaga yang banyak memerlukan kandungan CoQ10 yang tinggi seperti jantung, hati serta buah pinggang.
1. Coq10 Untuk kesihatan jantung
Memang telah terbukti bahawa CoQ10 mampu meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kolestrol jahat didalam darah dan meningkatkan kolestrol baik. Ia mampu memelihara kesihatan jantung secara berpanjangan dan mampu mengelakkan kegagalan jantung atau stroke.
2. CoQ10 pencegah dan penawar kanser
Penghidap kanser mempunyai kandungan CoQ10 yang amat sedikit dalam darah mereka. Kandungan CoQ10 yang mencukupi didalam tubuh dapat mengelakkan sel-sel kanser dari tumbuh dan merebak. Ia juga membantu sistem imun & sangat berguna sebagai SECONDARY TREATMENT untuk kanser kerana ia membantu mengurangkan kesan dadah anti-tumor dari mencederakan jantung.
3. CoQ10 Pencegah Migrain
Kalau anda seorang penghidap migrain dan kerap sakit kepala, CoQ10 adalah teman terbaik anda. Kerana ia telah terbukti mengurangkan serangan migrain/ sakit kepala melalui satu kajian keatas beberapa pesakit migrain. Keputusan kajian menunjukkan kesan positif terhadap CoQ10 terhadap pesakit dari segi tahap kesakitan (berkurang) dan kekerapan serangan migrain. Cara pengambilan untuk pesakit Migrain: 150mg/setiap hari
4. CoQ10 Untuk Kesihatan kulit
Pengambilan CoQ10 supplement bagi orang dewasa yang mencecah usia 40-an dapat mengekalkan kandungan CoQ10 didalam tubuh mereka. Kerana pada usia 40-an CoQ10 ini mula mengurang dan pengambilannya sebagai supplement mengurangkan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas. Ini kerana kandungan Antioksidan didalam CoQ10 dapat mengekalkan kolagen dan elestin didalam kulit sekaligus memlihara kulit agar sentiasa sihat.
5. CoQ10 Dan darah tinggi
CoQ10 telah menunjukkan kebaikan paling baik untuk merawat hipertensi @ darah tinggi (mendapat taraf B dalam kajian saintifik kesan CoQ10 tetapi memerlukan kajian lebih supaya mencapai taraf A – confirmed & accepted) kerana penghidap darah tinggi @ hipertensi mempunyai kandungan CoQ10 yang kurang dalam darah.
CoQ10 TIDAK MERAWAT & MENGGANTIKAN UBAT hipertensi @ darah tinggi. Bagi yang menghidap darah tinggi, perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil CoQ10 sebagai supplement, kerana ia akan mengurangkan kesan ubat darah tinggi yang diambil.
6. CoQ10 Membantu Kesuburan (Fertility)
CoQ10 dikatakan meningkatkan kesuburan lelaki & wanita
CoQ10 memperbaiki kesihatan & kualiti telur (health & fertility of eggs) terutamanya dalam wanita yang berusia.
CoQ10 dikatakan dapat memperbaiki kuality & pergerakan sperma (sperm quality & motility) tetapi kajian lebih mendalam diperlukan. Pengambilan berterusan selama 3 bulan boleh memperbaiki kualitu ‘semen‘ dikalangan lelaki mandul. Cara pengambilan: 200mg/sehari.
Terdapat juga kajian yang mendakwa CoQ10 membantu memulihkan Parkinson, hanya berdasarkan teori, tetapi belum ada bukti kukuh yang membuktikan keberkesanan nya terhadap penyakit parkinson kerana kajian masih lagi dijalankan.
CoQ10 Selamat
Pengambilan supplement CoQ10 adalah selamat tetapi mempunyai kesan sampingan(healing crisys) yang ringan dan sementara seperti “mild isomnia”, pening, pedih ulu hati, loya, keletihan dan ruam.
Siapa yang TIDAK BOLEH mengambil CoQ10?
1. Pesakit “low blood pressure” – akan merendahkan lagi tekanan darah
2. Pesakit kencing manis – akan mengurangkan keperluan insulin
3. Pengguna ubat “cair darah” – Mengganggu keberkesanan ubat
4. Pengguna ubat untuk mengurangkan kolestrol dan gula dalam darah – Mengganggu keberkesanan Coq10
Sekiranya anda ingin menambah pengambilan CoQ10 , supplement adalah cara yang terbaik. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda menghidap penyakit tertentu supaya pengambilan CoQ10 lebih bermanfaat kepada anda.
Bagi memastikan makanan yang anda hidangkan tidak terjejas kandungan CoQ10 ini, elakkan dari menggoreng atau memanggang daging kerana itu akan menghilangkan kandungan semulajadi CoQ10 dalam daging tersebut.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai