Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Tuesday 28 March 2017

Why Manis?

Lama rasanya tak update blog ni kan. Hari ni nak cerita tentang satu apps yang sangat-sangat berguna kepada seorang penyimpan resit macam Aira ni.

Apps tu ialah MANIS. Boleh didapati di Playstore bagi pengguna telefon Android.
Aplikasi MANIS ni sangat unik kerana ia dapat merekodkan perbelanjaan harian pengguna dan sangat sistematik.



Apabila kita sudah install apps ini pada telefon pintar, kita sudah boleh terus menggunakannya kerana proses pendaftarannya sangat mudah dan cepat.

Bagi memudahkan proses, boleh pergi pada butang store/gambar kedai untuk mencari kedai yang berdekatan kawasan anda. Anda perlu mengaktifkan lokasi pada telefon anda supaya senang untuk mencari kedai yang tepat. Sekiranya kedai yang anda ingin cari tiada dalam pencarian, anda boleh masukkan sendiri nama kedai serrta lokasi kedai tersebut.

RM1.00 bersamaan 1 point. Jadi anda tidak rugi jika berbelanja malah lebih untung kerana point-point ini boleh ditukar kepada hadiah penebusan yang menarik.



Aplikasi ini sangat mesra pengguna dan sangat cepat. Kita boleh menyemak semula perbelanjaan harian kita dan berapa jumlah point yang kita telah terima.



Haa.. nampak tak warna merah tu? Yang tu sebab tak baca terma dan syarat la tu,hehehe... Untuk top up touch n go tidak diterima oleh aplikasi ni ye.
 Jadi apa tunggu lagi? Daripada buang resit tu, ambil gambar dan hantar pada apps MANIS ni. Macam-macam anda boleh dapat.

#whymanis #manis #manis2017

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai