Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Monday 27 January 2014

Bila sahabat dah kahwin

Cerita 18 Januari 2014.

Majlis perkahwinan Fatin Aqmar, kenduri kat Melaka, memandangkan I ni tukang cop duit untuk orang-orang kat rumah makanya, 17 haribulan tu still keje lagi sebab nak double pay la kononnyer..hihi..

Malam tu bertolak dalam kul 11 jugakla..nak bersiap sume.. Sampai kat Tapah berenti tdo jap sebab tak larat...tido sejam jer..kul 4.30pagi da gerak ke Sg.Besar, nak amek sorang g member.  Kiteorang ikut jalan Bukit Tagar..Fuuuulamakkk...jalan dia memaang boleh tahan la...gelap sangat-sangat dan menyeramkan..haaha.. Tengok-tengok tengah jalan jumpe UNISEL, Universiti Selangor..Macam manela budak-budak situ study.. I yang masuk UiTM Perak batch 2008 pun rase gelisah bile tak jumpe shopping complex..ni kan pula dorang yang duk tengah hutan kelapa sawit.

.....habis sesat-sesat jalan memandangkan tak pakai handphone canggih..xde nk waze ker..gps ker...waaa...

Kul 6 pagi..yeay sampai jalan tali air,,tengok-tengok salah jalan lagi..adoi...sabor jer...last jumpe gak member ni..amek dia terus gerak..berhenti jap kat toilet Petronas area Sekinchan..adoi..kotornya...nak termuntah je rasa...ish3...Jalan depan sikit sampai depan masjid terus berhenti solat subuh. Nak mandi bersiap kat situ memang tak selesa..cadang nak mandi Masjid Shah Alam je.

Pukul 7.30 sampai kat seksyen 7 ambil Rohani lak..

Lepas tu terus masuk highway, berhenti kat RNR Dengkil, makan sandwich untuk alas perut. Jalan depan lagi perasan signboard Restoran Jejantas Ayer Keroh, I suruh ayah berhenti nak tengok sama tak macam Restoran Jejantas Sg. Buloh tu..haha...lame gak kat situ..suruh ayah tidur dulu sebab dia yang drive kan..

Dalam pukul 2 petang baru sampai rumah pengantin perempuan.

Sampai-sampai je kena tanya dah kahwin ke belum..alahai..soalan cepumas betul..haha...

TAHNIAH,
Moga berkekalan hingga ke Syurga.
Fatin & Syahmi



Dapat gak jumpa kawan-kawan..last jumpa bila pun tak tahu..

Yang bawah ni gambar kami masa form 2 kat SMK Taman Kenari, Kulim, Kedah.
Kira-kira balik dah 9 tahun gambar ni..sekejap je masa berlalu.


Lepas ni tak tahu bila pulak nak jumpa kan. Ada rezeki adalah..

Ni hadiah buat pengantin..ni je mampu sebab belum gaji..duit sume da kaver minyak ngan tol dari Penang ke Melaka, Maaflah ye..



No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai