Gallery

Printcious

728 x 90

Nuffnang

Tuesday, 5 September 2017

KETAHUI RAHSIA RAMBUT CANTIK DI PESTA PESONA RAMBUT WATSONS

PESTA RAMBUT WATSONS TERBESAR DARI 29 OGOS HINGGA 3 SEPTEMBER MENAWARKAN TIP PENJAGAAN RAMBUT HINGGA KE PRODUK PENJAGAAN RAMBUT TERBAIK

Petaling Jaya, 30 Ogos 2017 – Rambut merupakan salah satu perkara yang anda perasan mengenai seseorang bila bertemu untuk pertama kali. Ia seringkali benar terutamanya bagi wanita. Rambut yang cantik bersinar akan meninggalkan tanggapan yang baik, oleh sebab itu penjagaan rambut yang betul adalah penting. Watsons telah melancarkan pesta rambut terbesar hari ini di One Utama dengan “Pesta Pesona Rambut Watsons” (Watsons Hair Temptations Fair) yang bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 3 September 2017 di Medan Tingkat Bawah. Pengunjung boleh mendapatkan tips penjagaan rambut dan tips pengayaan rambut oleh pakar.



“Kita sering menjadikan rambut sebagai refleksi kepada identiti kita sendiri kerana ia adalah milik peribadi dan dilihat dikhalayak ramai. Ramai wanita merasakan rambut yang tidak terurus akan menjadikan rutin harian berserabut. Kunci untuk mendapat rambut yang sempurna ialah dengan mengamalkan tabiat penjagaan rambut. Setiap wanita boleh memiliki rambut yang sihat cantik dan bersinar sekiranya mereka menggunakan produk yang betul dan mengamalkan rutin penjagaan yang betul. Di Watsons, kami sering menawarkan produk kecantikan terbaik dari hujung rambut ke hujung kaki. Oleh sebab itu, kami bekerjasama dengan hanya jenama terbaik dalam membantu pelanggan yang dihargai melalui slogan “Nampak Bagus, Rasa Bagus”. Kategori penjagaan rambut yang tersedia di Watsons menawarkan beberapa jenama penjagaan rambut yang terkemuka seperti Alpecin, Bad Lab, GVC, Nunature, Beauty Labo, Mandom, Pantene, Head & Shoulder, Clairol Herbal Essences, Uberman, Dr. For Hair, Dove, Lux Luminique, Clear, Marc Anthony, Moist Dianne, L’Oreal, Pure Beauty, Sunsilk and Naturals By Watsons, dimana semuanya tersedia di semua kedai Watsons di Malaysia, satu pusat sehenti untuk mendapatkan semua produk penyelesaian penjagaan rambut”, menurut Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia.



Acara tersebut telah dirasmikan oleh Caryn Loh, Pengurus Besar dan Country Head Watsons Malaysia, dengan kerjasama salun A Cut Above, jenama pakaian fesyen Old Navy, YOLO gentleman dan d.d collective dengan sokongan Akademi Amber Chia dan dihadiri oleh rakan media dan komuniti blogger. Jenis rambut orang Asia merupakan paling tebal dan kuat berbanding dengan jenis rambut dari rantau lain didunia tetapi ia juga mudah rosak disebabkan terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari. Apabila terdedah kepada matahari, ia akan menyebabkan masalah rambut kusut dan kering. Oleh sebab itu, rambut orang Asia memerlukan rutin penjagaan rambut yang tertentu.




Ketika Pesta Pesona Rambut, para pelanggan boleh menikmati potongan harga istimewa, tawaran promosi untuk pembelian ketika pesta termasuk penjagaan rambut dan tips pengayaan rambut, warna sesuai untuk gaya rambut serta cara penjagaan rambut bagi orang lelaki. Bad Lab menawarkan khidmat memotong rambut pantas percuma untuk sebarang pembelian produk Bad Lab. Ahli VIP Watsons boleh mengambil kesempatan tawaran ini seperti hadiah dengan pembelian, percuma mug (dengan pembelian minimum RM100) dan percuma pengering rambut (dengan pembelian RM200 ke atas). Manakala ahli ONECARD akan mendapat tambahan topeng muka (dengan pembelian minimum RM70).





* PROMOSI untuk shampu masih berlangsung sehingga 6 September. *

Nantikan Syok SALE Carnival yang akan berlangsung dari 6 September hingga 10 September 2017 di GF, Center Court, One Utama.


23 comments:

  1. Sorry akak saya bukan nak kritik tapi kalau boleh letak gambar biar saiz yang lebih besar baru nampak jelas produk dan cantik pandangan saya sahaja jangan marah ok... Tapi nice sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, takpe. Qiss update guna hp je, ingat da cukup besar. taktau pulak kat laptop nampak cam semut. tq juga inform

      Delete
  2. best dapat belanja dekat watsons. banyak barang yang bagus. terima kasih share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watsons ada sale sekarang ni. Banyak potongan harga. memang best.

      Delete
  3. Macam-macam jenama penjagaan rambut. Boleh rambang mata nih ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shampu kita lambat habis, produk banyak. harga murah pulak tu. rambang nak pilih jenama mana.

      Delete
  4. Buat masa ni ai tetap kena setia dengan follow me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke follow me? tak pernah try lagi. nanti kita cuba

      Delete
  5. Wah banyaknya jenis dan variasi penjagaan rambut. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. packaging dia cantik dan berbunga-bunga, rambang mata kita

      Delete
  6. woww!! watson buat sale! mesti banyak barang yang muroh muroh ni..huhuhu..

    ReplyDelete
  7. wah.. memang penting penjagaan rambut ni. bukan setakat untuk keselesaan bahkan yang lagi penting ialah kesihatan rambut. Banyaknya pilihan... kena belek satu-satu ni! hihi

    ReplyDelete
  8. rambut? emmmmmm, until now onie still mencari syampoo yang sesuai dengan rambut, emmmmm..nnt la nak try yg ni plak....

    ReplyDelete
  9. Banyaknya lah pulak pilihan nak buat. Kalau mcm ni banyak sure tak tahu nak pilih yg mana satu..hehehe. Selalu mcm tu..last2 balik tgn kosong

    ReplyDelete
  10. Betul...
    Mostly rmabut org asia mmg tebai2 belaka...
    Rutin penggunaan shampoo kena ada...
    And jenis yg sesuai dgn kulit kepala kita sendiri kita kena tau

    ReplyDelete
  11. wow bestnya suka juga ke watsons cari mask muka hehe

    ReplyDelete
  12. Watsons ni tiap bulan kena pi tau. Beli product Naturals tu. Bagus. Jenama watsons ni murah dan bagus. Bleh berjimat. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Alamak.... !!! kena pergi watsons borong semua benda nie... Tengah murah kan ;)

    ReplyDelete
  14. Oh! nasib baik terbaca kat sini. Hari last day, petang nanti nak singgah kat roadshow ni, nak cari hair conditioner.

    ReplyDelete
  15. I want to try it out too. Will get 1 since there is sales now.

    ReplyDelete
  16. Salam Qis, tahniah awak menang mask untuk GA saya hritu. Boleh email details untuk hadiah?. Thanks

    ReplyDelete
  17. wah.. bestnye !! mesti harga lagi murah kan.. huu~ memang tak boelh tak singgah Watsons dari zaman anak dara dulu..

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai