Khamis, 10 Ogos Qiss berpeluang menghadiri majlis minum petang anjuran Nanowhite dan Hijabista. Haa.. Macam mana boleh dapat jemputan ni? Qiss kan rajin follow @hijabistamag dekat Instagram, satu hari tu nampak la post untuk Hijabista ni OOTD in green. Qiss pun ape lagi, cari baju hijau dan terus snap gambar.
Bila dah menang tu Qiss dapat direct message dari Hijabista untuk hadir ke majlis tersebut. Macam biasa, ada sesi pendaftaran. Selesai pendaftaran, Qiss masuk dalam dewan. Wahh!! Cantiknya dekorasi dia, dah macam dalam taman.
Sesi pertama, belajar cuci muka dengan menggunakan pembersih wajah Nanowhite. Baru tahu ciri-ciri kulit Qiss ni kering. Jom semak jenis kulit anda:
i. Kering-selepas mencuci muka, kulit anda terasa tegang dan seperti ditarik ke belakang.
ii. Berminyak-selepas mencuci muka, kulit anda masih terasa berminyak
iii. Kombinasi-selepas mencuci muka, kulit anda kelihatan berminyak di bahagian T-zone. Manakala di bahagian pipi terasa kering.
Cuci muka mengikut turutan dan dimulakan dengan pembersih muka, toner, serum dan akhirnya moisturiser.
Sesi kedua ialah tutorial daripada @tudungruffle dimana kami di ajar cara yang betul untuk menggayakan tudung bawal.
wow bestnya! sha kulit normal to oily hehe sha pun guna jugak produk nano white ni, sha guna toner dia je, memang best!!!
ReplyDeletewahh, tak sangka sha pakai jugak nano ni. tapi toner dia memang best.try serum dia jugak,best tau
DeleteMakin cantik anak gadis Malaysia sekarang macam2 produk yang ada yang penting ada duitnya sahaja kan hehehee...
ReplyDeleteproduk nano ni jadi pilihan sebab mampu milik.hehe
DeleteSis belum prnh guna produk Nanowhite. Still stick dgn Hadalabo tp nak try guna toner dy soon
ReplyDeletetoner dia best sangat. nanti cuba tau
DeleteWah...bestnya dapat join program ni...
ReplyDeleteAkak pnya kulit combination..
Kdg2 stress gak bila dia break out tu...bhgian T zone la yg teruk dulu
rezeki dpt gi event. cik jer kita selalu naik kat hidung,hehe
DeleteI never try Nanowhite before. I should try it now since it will help to moisturize my skin.
ReplyDeleteyeah, you should try the toner. it help my skin well
DeleteDulu pernah beli majalah Hijabista... ada la beberapa edisi... Xpasti, apa tujuan beli waktu itu
ReplyDeletehihi, bce sendiri ke mjlh tu
DeleteWahh untungnya dpt join hi-tea cam gini..sure ramai yg comei lote sb pakai produk nanowhite ni kan
ReplyDeleteseronok dpt kwn baru. semua yg dtg model2. kita sorg je tak comel.hee
Deletebestnye event macam ni.. kita suka kita sukaa!
ReplyDeletekan, ada event contact qis eh..hehe
DeleteRamai orang kita nie jaga muka tak ikut aturan yang betul kan. Bagus ada sesi begini - membantu dengan aturan yang betul untuk kesejahteraan bersama.
ReplyDeletebetul tu. rupanya nak cuci muka kena cuci perlahan-lahan sebab kulit muka ialah kulit paling nipis.
DeletePernah dengar produk ni tapi tak pernah guna lagi.
ReplyDeletenanti boleh cuba. mana tahu sesuai dengan kulit.
Deletewah... manis2nya je semuanya. bagus juga event macam ni, dapat belajar penjagaan diri dengan lebih baik.
ReplyDeleteterima kasih, habislah bersemut sebab manis sangat. seronok dapat belajar benda baru.
Deletewahhhh bestnyaaaa..lama tak event rasa . Salam perkenalan dari Mek onie :D
ReplyDeleteslm perkenalan jugak. nanti follow qis tau,tqq
DeleteNanti boleh la berhijabi macam hijabista yang lain tu. Hehehe. Nano white ni produk bagus. Suka bau cleanser dia.
ReplyDelete