Seminar ini adalah untuk memperkenalkan tempat-tempat yang boleh di lawati di sekitar Gangwon dan voucher yang terdapat dalam buku panduan yang dikeluarkan pada tahun ini.
Seminar ini diadakan selama 2 jam di Korea Plaza, Menara Hap Seng.
Selesai seminar para peserta boleh mencuba Hanbok yang telah disediakan.
Percuma sahaja.
Seminar ini adalah percuma kepada KAKI kelab KTO dan peserta diminta untuk mendaftarkan diri dulu sebelum hadir kerana tempat adalah terhad.